 |
 |
 |
.................................................................................................................................. |
PERADUAN GUNA, SIHAT & MENANG * |
HAYAT FOOT PATCH |
| |
 |
 |
|
|
|
-Borang juga boleh didapati ketika membeli produk Hayat Foot Patch dari para Stokis kami- |
-Borang photostat juga diterima - |
| |
Jika anda ingin menggunakan borang yang dimuat turun dari laman web ini, anda hanya perlu cetak borang tersebut di atas sekeping kertas bersaiz A4 dan mencetak depan dan belakang kertas tersebut. Setelah mengisi borang, lipat dua borang tersebut menjadi saiz A5. Gamkan sekeliling borang tersebut. Pastikan 1 atau 2 bukti pembelian produk Hayat Foot Patch disertakan dalam borang tersebut. Semoga ANDA terpilih untuk memenangi salah satu hadiah LUMAYAN yang kami tawarkan di bawah. |
|
|
|
[HADIAH UTAMA] |
 |
Pakej UMRAH untuk 2 orang bernilai:
|
RM12,000.00 + RM2000.00 |
|
|
|
[HADIAH PERTAMA] |
| |
1 PEMENANG X |
|
| |
[HADIAH KEDUA] |
| |
1 PEMENANG X |
|
| |
[HADIAH KETIGA] |
| |
1 PEMENANG X |
|
| |
[HADIAH SAGUHATI] |
| |
10 PEMENANG X |
HADIAH BERNILAI |
RM500.00 SEORANG |
| |
|
|
|
Nak lagi HADIAH??? |
100 penyertaan pertama |
akan mendapat buku "Himpunan Hadis 40" bernilai RM30.00 & lebih berpeluang memenangi hadiah utama. |
| |
HADIAH MISTERI |
menanti penyertaan yang ke- 1000, 2000, 3000, 4000, 5000, 6000, 7000, 8000, 9000 dan 10,000 |
| |
*Mengikut terma dan syarat |
| |
DAPATKAN HARI INI HAYAT FOOT PATCH DARI STOKIS YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA! |
PERADUAN DIBUKA SEHINGGA 31HB. OKTOBER 2010 |
|
|
|
|
Peraturan dan Syarat Peraduan
-
Peraduan ini dianjurkan oleh Hayat Network Sdn. Bhd. (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia melainkan jika anda termasuk di dalam kumpulan di bawah yang tidak layak menyertai Peraduan ini:
i. Rakyat Malaysia yang berumur di bawah 18 tahun ; atau
ii. Kakitangan Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya) dan ahli keluarga terdekat mereka(anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan), atau
iii. Stokis (disemua peringkat), kakitangan, pekerja dan/atau ejen pengiklanan dan/atau penyedia khidmat promosi bagi Penganjur (termasuk syarikat yang bersekutu dan berkaitan dengannya), dan ahli keluarga mereka (anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik, termasuk pasangan).
-
Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Julai – 30 September 2010 (“tempoh peraduan”). Penganjur berhak untuk memanjangkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
-
Semua penyertaan yang lengkap mestilah tiba ke Penganjur sebelum atau pada 30 September 2010. Semua penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dikira tidak layak.
-
Untuk menyertai Peraduan ini anda perlu membeli produk Hayat Foot Patch dan yang diperlukan seperti berikut: Anda perlu menyertakan keratan produk Hayat Foot Patch tersebut (1 keratan kotak edisi terbaru atau 2 keratan kotak edisi lama).
-
Setiap borang penyertaan yang dihantar mestilah lengkap dengan maklumat yang diperlukan, jawapan yang betul dan mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang diperlukan iaitu keratan belakang produk Hayat Foot Patch. Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak sah atau tidak tepat, penyertaan dengan jawapan yang salah, penyertaan dengan potongan label yang salah, tidak cukup dan/atau rosak dikira tidak layak.
-
Peserta boleh menghantar lebih dari satu borang penyertaan (salinan fotostat borang penyertaan diterima) tetapi setiap penyertaan mestilah memenuhi syarat peraduan yang disebut dalam butiran ke- 5 di atas. Borang juga boleh dimuat turun dari laman web www.hayat.my/peraduan.htm
-
Setiap borang mesti dipos/dihantar melalui surat biasa. Penyertaan yang dihantar melalui surat berdaftar, servis kiriman segera, POS Laju atau penghantar tidak akan diterima. Bukti penghantaran borang penyertaan tidak dikira sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyertaan yang dihantar oleh peserta tidak diterima.
-
Semua borang penyertaan mesti dihantar melalui pos biasa dan dialamatkan ke “Hayat Network Sdn. Bhd. No.5-2, Jalan Seksyen 3/9, Pusat Perniagaan Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor”.
-
Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah penyertaan tertinggi diterima, jawapan yang betul dan testimoni terbaik. Jikalau terdapat penyertaan layak dengan kretiria yang sama, pengadil/penganjur akan memilih pemenang berdasarkan penyertaan yang diterima paling awal.
-
Semua pemenang akan diberitahu melalui pos. Semua hadiah mesti ditebus pada atau sebelum tarikh/tempoh tamat yang tertulis pada pemberitahuan, hadiah akan dilupuskan sekiranya gagal. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk lanjutan tempoh menebus hadiah. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya surat pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau diterima lewat.
-
Penganjur berhak menggunakan budi bicaranya untuk menukar mana-mana hadiah dengan hadiah alternatif lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Semua hadiah diberikan dengan “Seadanya” dan tidak boleh ditukar untuk tunai, kredit, barangan lain atau baucar sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
-
Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah-hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan mengesahkan Penganjur bebas daripada sebarang tuntutan.
-
Semua kos pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos lain dan/atau perbelanjaan berkaitan yang disebabkan oleh penyertaan dalam peraduan ini dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab penuh semua peserta dan pemenang.
-
Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang untuk tujuan periklanan, perdagangan dan/atau publisiti, tanpa sebarang pemberitahuan kepada pemenang dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.
-
Keputusan Hakim adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
-
Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi Peraturan & Syarat Peraduan dan keputusan Penganjur.
|
|
.................................................................................................................................. |
|
Diuruskan oleh: |
|
|
|
|
Hayat Network Sdn Bhd |
.................................................................................................................................. |
| |
|
 |
Hak Cipta Terpelihara Julai 2009 @ Hayat Network Sdn Bhd |
|
|
|
|